|
MADU ASLI LEBAH
|
|
MENGAPA ANDA PERLU MENGAMALKAN MADU HUTAN ASLI
Anda sedia maklum Allah S.W.T. telah memberi kelebihan pada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Seperti firman Allah di dalam AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
|
||
DARI HAD1S NABI. RIWAYAT MUSLIM:
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a. katanya: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air", Sabda Rasulullah SAW. "Minumlah madu kepadanya": Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya " Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah", Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga". Sabda Rasulullah S.A.W. "Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta". Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya".
|
||
KHASIAT MADU HUTAN ASLI YANG TELAH TERBUKTI A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH 1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 2. Memulihkan sel-sel urat besar. 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 4. Merangsang tenaga batin. B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH. 1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. |
||
KELEBIHAN 1. BAYI/KANAK-KANAK: a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. b) Menyembuh dengan segera cirit-birit. c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA: Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA: a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI: a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda. b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS): Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
|
||
6. UNTUK SEMUA: a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal. b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air. c) Memulihkan penyakit berpanjangan. d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. e) Menyembuhkan penyakit dalam perut. f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh. g) Memulihkan batuk dan lelah. h) Menghindarkan badan letih dan lesu. i) Kurangkan kesakitan bila datang haid. j) Baik untuk perempuan bersalin. k) Membantu/menerangkan pemandangan.
|
||
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian. 2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman. 3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda. 4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak) 5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum. 6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak. 7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari. 8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata. 9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
|
||
Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah...... disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln.
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN a) Makan bersama roti / biskut. b) Bahan membuat kuih / kek. c) Goreng atau panggang ayam.
|
||
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU LEBAH ASLI
A) IBU MENGANDUNG
|
||
B) ANAK DALAM KANDUNGAN
|
||
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
|
||
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
|
||
|
||
KHASIAT VITAMIN "DEBUNGA" ADALAH MAKANAN YANG BOLEH MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT SEPERTI:-
- Mengurangkan paras kolesterol (lemak). - Mengurangkan tekanan darah tinggi dan rendah. - Mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. - Mengurangkan penyakit lelah (asthma) dan sakit pembuluh darah (bronchitis). - Membantu lelaki yang hilang tenaga lelaki. - Mempercepatkan kesembuhan luka-luka.
Cara makan: Campur 1/2 sudu kecil Bee Pollen dengan madu dan minum 1 kali sekali setiap pagi.
Perhatian: Jangan disimpan daiam peti sejuk.
|
||
T/a Tufar Bin Hj Kasan 9372 Jalan Setia, Kampung Tambak Paya, 75460 Melaka. Tel : 606-2685997 & 017-3469095
|
ROYAL JELLY
ROYAL JELLY ADALAH SEJENIS VITAMIN SEMULAJADI. IANYA MEMBERI KESAN BAIK TERHADAP FUNGSI BADAN DAN PROSES PENYEMBUHAN.
Royal Jelly mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus. Royal Jelly juga berfungsi Untuk:- - Membantu menyembuhkan luka dengan cepat. - Untuk awet muda. - Untuk bahan kosmetik. (Kandungan vitamin dan hormon yang tinggi)
|